Contoh Bukti konsep

Dalam pembuatan filem

Sky Captain and the World of Tomorrow, filem 300, dan filem Sin City kesemuanya difilemkan di hadapan layar hijau dengan hampir kesemua keseluruhan latar dan prop dihasilkan oleh komputer. Ketiga-tiga menggunakan bukti konsep filem pendek. Dalam kes Sin City, filem pendek digunakn sebagai prologue kepada filem akhir. ..

Pixar kadang kala mencipta filem animasi pendek yang menggunakan teknik rumit atau tidak pernah diuji. Filem pendek mereka Geri's Game menggunakan teknik bagi animasi kain dan gambaran wajah manusia yang kemudian digunakan dalam filem Toy Story 2. Sama juga, Pixar mencipta beberapa filem pendek sebagai bukti konsep bagi teknik baru untuk pergerakan air, sesungut sea anemone, dan paus yang perlahan-lahan muncul sebagai persediaan bagi pengeluaran filem Finding Nemo.

Dalam kejuruteraan

Dalam kejuruteraan dan teknologi, prototaip kasar bagi idea baru sering dibina sebagai "bukti konsep". Sebagai contoh, konsep kerja bagi peranti eletrik mungkin dibina menggunakan papan reka (breadboard). Permohonan paten sering memerlukan pertunjukkan fungsi sebelum diterima. Sesetengah universiti memiliki pusat bukti konsep bagi memenuhi ruang pembiyaan" bagi "pelaburan awal tahap-pembenihan (seed-stage)" dan "memancu pemasaran ciptaan universiti". Pusat bukti konsep membekalkan "pembiayaan benih bagi membiayai penyelidikan tahap awal, unggul yang sering kali tidak akan di biayai oleh sumber biasa yang lain".http://www.kauffman.org/uploadedFiles/POC_Centers_01242008.pdf


Dalam Pembangunan Perniagaan

Dalam bidang pembangunan perniagaan dan jualan, seseorang pembekal mungkin membenarkan potensi pelanggan menguji barangan tersebut. Kegunaan bukti konsep ini membantu menentukan kebolehlaksanaan, dan arah sejagat, selain memberikan suap balas bagi belanjawan dan bentuk lain proses membuat keputusan dalaman.

Dalam kes ini, bukti konsep mungkin bererti jurutera jualan khusus akan digunakan bagi memastikan pembekal membuat usaha sebaik mungkin.


Dalam keselamatan

Dalam kedua-dua keselamatan komputer dan enkripsi, bukti konsep merujuk kepada demonstrasi bahawa dari segi prinsip yang membuktikan bagaimana sesuatu sistem boleh dilindungi atau diceroboh, tanpa perlu membina kenderaan yang sempurna berfungsi bagi tujuan tersebut. Winzapper merupakan bukti konsep yang memiliki keupayaan hampir minima yang diperlukan bagi membuang item dipilih dari Log Keselamatan Windows, sungguhpun ia tidak dioptima bagi cara tersebut.